Masalah Badan Letih Dan Cara Mengatasi

by
Posted December 5th, 2008 at 8:46 pm

Hairan ya tidur sudah cukup.. Makan pun sudah… Minum pun sudah.. Tak pula melakukan aktiviti lasak.. kenapa ya?

Mengapa badan kamu terasa cepat penat, tidak bertenaga, lesu dan mengantuk ketika di sian hari? Apakah punca ini dan bagaimana untuk mengetasi badan letih dan ?

Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.

Sensitiviti Elektrik

Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan  terlalu dekat dengan skrin komputer.

Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.

Diabetes tanpa Sedar

Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup  atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.

Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.

Makan Tengahari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.

Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.

Masalah Ginjal

Maslah ginjal boleh mnyebabkan (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.

Cara Mengatasi masalah badan letih ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.

Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.

kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.

Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.

cara mengatasi masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.

Cara Senaman

Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.

ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.

Tekanan

Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.

Cara mengatasi Badan letih akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.

Tags: , , , ,
12 ResponsesLeave a comment
  • zaki
    July 11, 2009 at 9:17 pm

    terima kasih dengan info yang bagus ni.

  • na
    December 15, 2009 at 10:50 pm

    info menarik dan berguna

  • tini
    January 25, 2010 at 3:30 pm

    info ini banyak membantu i pada waktu yang tepat..terima kasih sgt2…

  • Zarina Binti Zainal Abidin
    February 10, 2010 at 3:02 pm

    Salam. Kindly please visit my website at: http://www.azzaindustri.com.my. Thank you.
    .-= Zarina Binti Zainal Abidin´s last blog ..Selamat Datang =-.

  • jaka
    December 28, 2010 at 7:22 pm

    biasanya kalau penat, lesu dan BT saya melakukan olah raga kecil. Setelah berkeringat saya minum jus alpukat, jus melon dan makan buah pisang sampai kenyang. Lalu saya makan telur ayam kampung setangah matang 1 biji. Trakhie saya mandi dengan air hangat lalu tidur. Besoknya dijamin pasti OKKK

  • ery
    February 25, 2011 at 9:10 am

    Terima kasih..maklumat yang baik untuk i amalkan..

  • Syasya
    February 25, 2011 at 2:29 pm

    thanks 4 the info..now i know what’s my prob is..

  • fhyza
    April 4, 2011 at 12:51 am

    saya dah dapat jawapanya…..terima kasih info

  • fhyza
    April 4, 2011 at 12:52 am

    saya dah dapat jawapanya….terima kasih info

  • psyhusk
    April 26, 2011 at 10:36 am

    jom jenguk blog saya
    psyhusk´s last [type] ..HARGA BARUNAIK RM 2 JE POS

  • Required: Name
    May 23, 2011 at 3:36 pm

    trims kasih infonya

  • fatin**
    July 26, 2012 at 5:18 pm

    Nabi Muhammad ada berpesan supaya selepas makan tidak boleh makan buah. sebelum makan, boleh ~~ :D peace

Add a commentGet a Gravatar

* Name

* Email Address

Website Address

CommentLuv badge

You can usethese tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Shopping Cart
Produk Terbaru
Around The Site
Featured Video
Categories
Archives
Tags